Forsep oh forsep.. :)
Subhanallah..
Allah merancang di luar dugaan saya. Tak pernah terfikir sampai kena guna bantuan forsep bila bersalin. Tapi Alhamdulillah, Dia perancang dan pelindung terbaikk..
...............
Melalui pembacaan saya, lebih kesian ibu2 yang bersalin menggunakan forsep berbanding vacum.
Kenapa? Sebabnya, vacum is less likely to cause vaginal tearing than forceps. Yup, penggunaan forsep memberi luka yang lebih teruk berbanding vacum. Sebab besi forsep perlu dimasukkan ke dalam bukaan rahim, tapi vacum hanya sedut dari luar.
Kenapa guna forsep?
Antara sebab2nya adalah: Selepas push beberapa kali dan baby dah dekat dengan pintu keluar, tapi still baby tak berjaya keluar juga, dia perlukan bantuan tambahan. Puncanya, si ibu dah letih dan tidak terdaya nak push lagi. So, dengan bantuan kontraksi dan push dari ibu, Dr. akan tarik baby menggunakan forsep.
Bersalin guna forsep tentulah tak sapa pun nak, kalau boleh semua orang nak bersalin secara normal yang dipermudahkan. Tapi setiap ketentuan Allah, pasti ada hikmahnya.. Memang panjang luka bersalin ni, nurse yang datang check waktu dalam pantang pun takut tengok luka tu. Panjang katanya..
Sakit sampingan lain yang dialami adalah.. tak boleh berjalan selama 2 hari! wuu~ (ini dari pengalaman saya sendiri) Hari ke 3, dapat berjalan tapi kena ada support.. Orang cakap, waktu bersalin, peha kita ditarik untuk senangkan proses bersalin. (-.-) Tu kalau bersalin biasa, kalau nak masukkan forsep? Fikir2kan la.. huhu.. Em, sebab tu lah tak boleh jalan, lembut kaki rasa..
Atas segala yang dialami ni, saya amat bersyukur anak saya tak alami apa2 luka kekal. Waktu lepas bersalin, dia just ada merah sikit di muka, tapi sekarang dah hilang. Alhamdulillah.. Allah sebaik2 pelindung..
............................................................................................................
Alhamdulillah,
masa check up sebulan di Klinik Kesihatan Jitra, nurse kat situ cakap luka dah ok, cuma kulit luar ja tak bercantum sepenuhnya. Luka dalam dah ok. Mungkin sebab agak lasak saya ni. Bangun duduk, bergerak dengan cepat, sebab baby kuat nangis..
Sekarang, dah lepas pantang (46 hari). nampaknya luka dah semakin ok, dah tak sakit.Tapi still nampak lagi la lukanya.
It's ok.. Saya bersyukur dah sampai ke peringkat ini. Kesakitan dah kurang, emosi pun semakin baik.
Syukur.. :)
............................................................................................................
Saya nak kongsi penjagaan luka bersalin forsep..
(tapi saya tak teliti sangat pun..)
1. Perlu letak ubat kuning bagi elak jangkitan kuman. Tapi ubat kuning tu saya letak dalam 2 minggu sahaja. Nurse yang datang check kat rumah cakap, lambat sikit la luka nak baik kalau letak ubat kuning. Em, sebab luka lambat nak kering kot, lembap dengan ubat kuning.
2. Selepas cuci dengan air suam, (nurse tak bagi cuci dengan air asam jawa sebab jahitan cepat reput, kot masa tertanggal tu, luka belum sembuh), bahagian luka kena pastikan sentiasa kering.
3.Check up 2 minggu kat KMC, Dr. bagi gel Solcoseryl. Fungsi gel solcoseryl ini adalah untuk membantu cepatkan penyembuhan luka. Alhamdulillah, luka semakin kering lepas guna gel tu.
4.Letak juga Minyak Herbanika Nonaroguy. Tapi letak di pad saja. Kalau rasa sakit, memang akan letak minyak ni sebab rasa sejuk dia dapat kurangkan sakit..
5.Makan ikan haruan hampir setiap hari selama 2 minggu dan pil ikan haruan. Minum air gamat juga. Limau is a must setiap hari.. Semua ini adalah usaha untuk cepatkan luka sembuh.
6. Makan ubat lawas buang air, takut nanti jahitan terbuka,,
7. Itu sahaja :)

thanks sis for sharing info
ReplyDeletethanks sis for sharing info
ReplyDelete