Tengah cari info cara2 nak jaga anak kucing tanpa ibu? Ada jumpa anak kucing baru lahir, pastu kesiankan dia dan nak jaga dia? Tahniah! Anda manusia berhati mulia dan penuh belas kasihan :) Moga Allah mudahkan usaha mulia kalian...
Ok, sebenarnya saya pernah ada pengalaman macam tu. Dan, jujurnya, saya seriuosly BUKAN penggemar kucing, malah saya boleh dikategorikan sebagai manusia yang tak suka kucing.. -__-
Nak dijadikan cerita, lebih kurang pada 3 tahun lalu (3 Disember tahun 2012), ayah saya ada jumpa seekor anak kucing depan rumah kami. Sangat kesian, baru lahir dan kena hurung semut, dengan mata pun tak bukak lagi.. Sebab kesian, kami pun ambil dia dan letak dalam kotak. Bayangkan, kecik sangat lagi, mana boleh duduk sekor2 tanpa ibu. Sejuk dan macam tak boleh tahan ja.. Atas nama perikemanusiaan pada si kecik ni, buat pertama kalinya, kami sefamily menerima kehadiran seekor kucing untuk dipelihara.. Alhamdulillah, semua sukakan si comel tu walaupun masing2 tak minat kucing pun..
Ok, meh tengok sikit si kecik tu macamana rupa dia.. ^^
Tadaa...!
Gambar ni diambil lepas beberapa hari kami jaga dia..
Saya faham perasaan insan2 yang nak pelihara seekor anak kucing tunggal, baru lahir tanpa ibu. Saya pernah lalui fasa2 perasaan dari kesian --> sayang --> risau --> tak keruan --> usaha sehabis baik --> nangis --> tawakal.. :(
Jadi, saya rasa saya perlu untuk kongsi pengalaman ini dengan mereka yang tengah cari orang untuk bercerita/bertanya tentang ni.. *sebab dulu pun saya dok mengoogle untuk cari ilmu nak jaga dia*
Jadi, saya rasa saya perlu untuk kongsi pengalaman ini dengan mereka yang tengah cari orang untuk bercerita/bertanya tentang ni.. *sebab dulu pun saya dok mengoogle untuk cari ilmu nak jaga dia*
Ok, apa yang anda perlu buat untuk jaga baby kucing tu adalah...
Pertama sekali, sediakan si kecik tu sebuah tempat tinggal a.k.a kotak yang selesa dan sederhana besar. Mula2, 'rumah' dia tu saya alas dengan paper ja.. Em, nampak sangat kesian.. Sejuk kot, asyik tidur kat hujung2 kotak.. Jahil kan time tu tak pernah tahu keperluan seekor anak kucing...
Then, rumah dia di upgrade.. :)
Alaskan dengan kain, dan kena letak botol2 mineral berisi air suam kat tepi2 kotak.. Tak nak bagi dia sejuk kann.. Botol2 tu balutlah dengan kain alas, baru boleh si kecik tu buat bantal, tilam, macam ni haa..
Kain alas pulak boleh dibuat selimut... :)
Baby kan, tido ja lah keja nya. ;)
Macam2 style tido..
Okeh, settle bab tempat tido dan main2.. Sekarang bab kedua yang agak penting jugak untuk dia.. Dia ni pelik skit, suka menghisap.. -__-
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEJaWhyphenhyphenolbAYyPYfNUp6tOjvxDe5MqNpkU8cmy7aZ7tmmFsqarAksDdx9spZF7COYBdnGC15xSBJnfyYct6Of13kXeSgwNuRzrJufTKlpldE_I0V-70EVQRGSwSFZNRxYrK4j_i4v4Els/s200/P1010208.JPG)
Dia akan hisap jari sesapa ja yang pegang dia. Maybe mengharapkan susu ibu dia.. Kesian kann..
Okeh, settle bab tempat tido dan main2.. Sekarang bab kedua yang agak penting jugak untuk dia.. Dia ni pelik skit, suka menghisap.. -__-
Dia akan hisap jari sesapa ja yang pegang dia. Maybe mengharapkan susu ibu dia.. Kesian kann..
Jadi, kami bagi dia botol susu.. ^^
Kuat makan sangat tau.. :) *tu botol susu kucing. boleh beli kat pet shop* Harus beringat, time kritikal dia nak survive ni, tolong jangan bagi dia susu tepung yang kita biasa minum tu ye, tu susu lembu, lain kisah penghadamannya. So, usahakan cari susu kucing kat pet shop. *selalu packaging dia tulis cats/dogs milk.*
Kami pernah bagi susu tepung yang biasa kita minum tu kat dia. Kejahilan masih membelenggu kan masa tu... Dia jadi lembik, dan sembelit, tak dapat buang air besar. Perut pun keras semacam. Allah saja la tahu macamana tak keruannya kami masa tu. Ingat dia dah nak mati.
Kami try bagi dia air, bagi dia minum susu kucing, dan usahakan bagi dia berak.. Alhamdulillah lepas tu dia ok dan makin sihat. Macamana nak bagi dia berak? Letakkan minyak di cotton bud dan sapukan di lubang dubur dia. Urut2 sikit dengan cotton bud tu. Bab2 membuang, memang kita kena stimulate sebab dia tak pandai lagi. Kalau ada ibu, ibu dia yang akan jilat. So, selalu la sapu2 tempat kencing dan anus dia bagi dia berkumuh ya.. (ilmu ni veterinar kat kinik haiwan yang bagitahu) Menjaga kencing berak ni memang kena kenal.. Kata nak jaga dia kan? Kena lah berkorban jiwa dan raga :)
Ofkos, kalian sangat memerlukan hati yang tabah dan semangat yang kental untuk berkorban menjaganya siang dan malam. Kucing tu kena belek selalu, bagi dia ransangan.. Kenapa?
Kata orang, anak kucing yang hidup sorang2 tanpa ibu, peluang hidup dia sangat tipis.. Jadi, banyak lah usaha dan pengorbanan kena buat..Tengah malam pun kena bangun bila dia berbunyi, macam jaga baby manusialah..huhu..
Terkedu jugak la bila jumpa veterinar dan veterinar tu sendiri kata: "tak banyak anak kucing macam ni boleh bertahan..." T_T Kita punya nak dia boleh survive, Saya tahu, vatrinar tu cakap macam tu sebab tak nak bagi berharap sangat...
Untuk kes kucing saya ni, alhamdulillah.. Allah panjangkan umur dia, Allah bagi dia kuat..So, dia masih dapat hidup pada bulan2 seterusnya.. Haa.. Doa jangan dilupa! Allah saja yang bisa memanjangkan umur dia dan meminjamkan dia kepada kita seberapa lama yang Dia nak.. Jadi, lepas usaha yang terbaik, jangan lupa doa dan tawakal ya.. Jujur, saya sampa menangis2 pada Allah, minta Dia bagi saya peluang jaga kucing ni dengan baik sampa dia dewasa. :)
Sajee bawak dia jejalan depan rumah..^^
Nampak tak, mata pun tak buka lagik.. Umur tak sampai seminggu..
Dia membesar dan membesar..
Ini saja gambar2 yang dapat dikongsi.. *banyak sangat dah tu..haha*
Ok didie..
Smile!
Dah jadi mak orang... ;) but unfortunately, anak2 dia suma dah mati.. T_T
Apa2 pun, alhamdulillah! Allah masih pinjamkan dia sehingga saat ini :)