Monday 15 April 2013

Pengalaman bersalin (forsep)~

..Bersalin, melahirkan, beranak..

Semua perkataan di atas merujuk kepada pengorbanan seorang wanita dalam berjuang sepenuh tenaga, mempertaruhkan nyawa, dan menyerah diri untuk merasai kesakitan terperit di dunia. Hanya untuk memastikan seorang khalifah yang dipinjamkan Allah kepadanya 
selamat dilahirkan ke dunia..

Allahuakbar, saya lah antara berjuta wanita yang berjaya mengharunginya..Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan kekuatan dan kesanggupan kepadaku untuk menghadapinya dengan baik. Terima kasih juga kerana meniupkan sokongan demi sokongan melalui suami dan keluarga tercinta.. :)

...............

Saya menulis pengalaman bersalin ini untuk diri sendiri, supaya saya tak lupa saat2 perit yang terindah dalam hidup.. Juga buat jantung hati saya, yang telah menemani saya setiap saat selama 9 bulan dan telah sama2 berjuang dalam situasi tergenting itu.. Diharapkan catatan ini dapat menceritakan kepadanya bahawa ibunya ini pernah berkorban nyawa untuknya.. Semoga dia menjadi anak yang bersyukur..



.........

1 Mac 2013:

Teringin benar bersalin pada tarikh ini. Tambah2 lagi tarikh ini jatuh pada hari Jumaat. Allah is the best planner, bila2 pun tak apa, asalkan baby keluar dengan selamat. Malam tu sakit kontraksi semakin kerap dan rapat jaraknya, tapi masih belum betul2 konsisten. Suami kesian tengok. Dia dengan baik hatinya ajak saya buat senaman untuk cepatkan bersalin.. Alhamdulillah, nampak kesannya :) Kontraksi makin dekat dan konsisten. Malam tu juga kami ke KMC. 

Rentetan peristiwa:
  • Check bukaan, baru 3 cm.
  • Selepas cek jantung baby, nurse masukkan ubat untuk buang air besar. Bila dah selesai buang air, saya disuruh masuk ke labour room. Waktu tu suami tak dibenarkan masuk lagi, jadi saya mintak tolong nurse panggilkan dia. 
  • Dalam labour room, nurse minta saya pakai baju hospital dan baring atas katil, nurse cakap dia dah call Dr. Zuraini dan Dr suruh induce. Dr. dah on the way, nak bagi bersalin malam ni juga.. Em, dengar kata kalau diinduce, sakit.. 
  • Tengah sakit tu, tak tertahan2. Bagitau nurse sakit sangat. Nurse kata tahan, nanti bila ubat induce tu berkesan, lagi akan rasa sakit..
  • Yup, memang sakit sangattt.. Nurse masukkan ubat tahan sakit. Suami tanya, kalau2 ubat yang dimasukkan dalam jarum masuk air tu adalah epidural.  Tapi nurse cakap bukan epidural, ubat ni dia bagi kat semua orang. Dia dah pesan, ubat ni lali sikit. Tapi bila nak push nanti kita akan sedar.. 
  • Bila Dr. masuk, saya dah tak berapa sedar. Dalam sedar tak sedar, saya dengar suami saya disuruh keluar sekejap. 
  • Dr. pecahkan air ketuban. Banyak juga air tu, basah katil.
  • Still dalam keadaan tak berapa sedar, Dr. minta saya push bila rasa sakit kontraksi.
  • Waktu ni, saya sangat lali + kurang tenaga. Allah..Saya tak sedar waktu nak bersalin. Tak sedar untuk push baby keluar.. (-_-)'
  • Seingat saya waktu tu, bila tersedar, saya terus tanya Dr., 'dah boleh push?' *erk..teruk pulak rasa bila fikir balik* Dr. cakap, " Boleh2, memang kami tunggu awak push.."
  • Saya pun push. Terasa badan tergelongsor ke bawah sebab katil tu dah dinaikkan sikit. Nurse pun tolong angkat naikkan badan saya semula. 
  • Dr. suruh saya pegang besi yang disediakan tepi katil waktu push. Jadi saya boleh push dengan baik bila genggam besi tu, dalam masa yang sama, dapat prevent badan dari tergelongsor lagi.
  • Push kali keempat (kalau tak silap) dengar Dr. dan nurse cakap " Ha, push macam tu, dah nampak kepala.." 
  • Lepas tu? Saya tak sedar semula. huhu.. Kuat betul penangan ubat tu.. Tambah dengan tak da tenaga sama kot, dah pukul 2 pagi waktu tu..
  • Waktu saya push dan tak sedar tu lah Dr masukkan forsep, sebab baby tak dapat keluar kalau hanya dengan push saya yang kurang bertenaga tu.
  • Babak2 selepas itu, semuanya saya saksikan dengan mata yang terbuka tertutup, sedar tak sedar.
  • Alhamdulillah saya sedar masa nurse bawa baby ke sebelah saya dan cakap " ni merah sikit ya, sebab kena forsep" sambil tunjukkan bahagian muka baby yang sikit merah. Saya hanya mampu angguk.
  • Saya sedar tak sedar waktu Dr. menjalankan sesi jahit menjahit. Alhamdulillah, saya tak rasai kesakitan dijahit hidup2..
  • Lepas tu, saya dengar suami saya cakap "Comelnya baby..". Alhamdulillah seronok, saya dengar suara dia gembira :) Kemudian baby diazankan.
  • Oh ya, suami saya tak dipanggil masuk walaupun dia dah berapa kali tekan bell pintu. Nurse tak panggil dia masuk sebab nak guna forsep kot. Kesian dia, bila nurse buka pintu, nurse cakap dah bersalin..
  • Dengar suara mama. Mama pegang baby dan letak kat tepi saya suruh menyusu. Saya bagi susu dan dia hisap. Tak tahu la ada susu atau tak. Memang fitrah baby, lahir2 saja dah pandai menghisap.. Subhanallah..
  • Itulah peristiwa terakhir yang saya sedar di labour room. Yang selebihnya, saya rasa yang diri saya diangkat dari katil ke katil sorong. Then diangkat lagi ke katil di wad.
  • Sedar2, saya keseorangan di wad. Nak ke tandas, nak bangun sendiri, tapi mak cik yang jaga anaknya di katil sebelah tak bagi. Dia tolong panggilkan nurse. Nurse pimpin ke tandas.
  • Mula2 sedih, sebab suami dan mama tinggalkan saya sorang2 di wad dalam keadaan macam ni.. Baru la terfikir, mereka letih tunggu dari pukul 11 pm lebih sampai 3 am. Lagipun saya pengsan tak sedar diri, wajarlah suami dan mama balik dulu dan akan datang semula pagi nanti..
  • Tiba2 rasa teringin sangat nak tengok baby. Mesej suami : "Nak tengok baby.." Suami cakap dia ada send pic baby kat henset saya. Tapi, tengok gambar henset tak sama dengan tengok real.. :'(
  • Lepas tu, bila tengok saja baby masa nak ambil keluar hospital tu, Allah.. Comelnya.. Sejuk mata, tenang hati tengok dia. Bila dia nangis.. Subhanallah.. Mengalir air mata. Air mata keibuan yang pertama. Tak tertafsir perasaan saya ketika itu.
  • Hanya pada Allah saya panjatkan segala kesyukuran..
  • Dengan rasminya, saya dah jadi ibu! ^_^
  •  
    ........................

* Bersalin dengan bantuan forsep, memang tak sama dengan bersalin normal biasa. Apa yang bezanya? Of course, lukanya lebih panjang dan jahitan lebih banyak!:'(

No comments:

Post a Comment