Tuesday 16 April 2013

Forsep~

Forsep oh forsep.. :)

Subhanallah.. 
Allah merancang di luar dugaan saya. Tak pernah terfikir sampai kena guna bantuan forsep bila bersalin. Tapi Alhamdulillah, Dia perancang dan pelindung terbaikk.. 
...............

Melalui pembacaan saya, lebih kesian ibu2 yang bersalin menggunakan forsep berbanding vacum.
Kenapa? Sebabnya, vacum is less likely to cause vaginal tearing than forceps. Yup, penggunaan forsep memberi luka yang lebih teruk berbanding vacum. Sebab besi forsep perlu dimasukkan ke dalam bukaan rahim, tapi vacum hanya sedut dari luar.

Kenapa guna forsep?
Antara sebab2nya adalah: Selepas push beberapa kali dan baby dah dekat dengan pintu keluar,  tapi still baby tak berjaya keluar juga, dia perlukan bantuan tambahan. Puncanya, si ibu dah letih dan tidak terdaya nak push lagi. So, dengan bantuan kontraksi dan push dari ibu, Dr. akan tarik baby menggunakan forsep.


Bersalin guna forsep tentulah tak sapa pun nak, kalau boleh semua orang nak bersalin secara normal yang dipermudahkan.  Tapi setiap ketentuan Allah, pasti ada hikmahnya.. Memang panjang luka bersalin ni, nurse yang datang check waktu dalam pantang pun takut tengok luka tu. Panjang katanya..

Sakit sampingan lain yang dialami adalah.. tak boleh berjalan selama 2 hari! wuu~ (ini dari pengalaman saya sendiri) Hari ke 3, dapat berjalan tapi kena ada support.. Orang cakap, waktu bersalin, peha kita ditarik untuk senangkan proses bersalin. (-.-) Tu kalau bersalin biasa, kalau nak masukkan forsep? Fikir2kan la.. huhu.. Em, sebab tu lah tak boleh jalan, lembut kaki rasa..


Atas segala yang dialami ni, saya amat bersyukur anak saya tak alami apa2 luka kekal. Waktu lepas bersalin, dia just ada merah sikit di muka, tapi sekarang dah hilang. Alhamdulillah.. Allah sebaik2 pelindung.. 


............................................................................................................

Alhamdulillah,

masa check up sebulan di Klinik Kesihatan Jitra, nurse kat situ cakap luka dah ok, cuma kulit luar ja tak bercantum sepenuhnya. Luka dalam dah ok. Mungkin sebab agak lasak saya ni. Bangun duduk, bergerak dengan cepat, sebab baby kuat nangis..

Sekarang, dah lepas pantang (46 hari). nampaknya luka dah semakin ok, dah tak sakit.Tapi still nampak lagi la lukanya.


It's ok.. Saya bersyukur dah sampai ke peringkat ini. Kesakitan dah kurang, emosi pun semakin baik.

Syukur.. :)

............................................................................................................

Saya nak kongsi penjagaan luka bersalin forsep..
(tapi saya tak teliti sangat pun..)

1. Perlu letak ubat kuning bagi elak jangkitan kuman. Tapi ubat kuning tu saya letak dalam 2 minggu sahaja. Nurse yang datang check kat rumah cakap, lambat sikit la luka nak baik kalau letak ubat kuning. Em, sebab luka lambat nak kering kot, lembap dengan ubat kuning.

2. Selepas cuci dengan air suam, (nurse tak bagi cuci dengan air asam jawa sebab jahitan cepat reput, kot masa tertanggal tu, luka belum sembuh), bahagian luka kena pastikan sentiasa kering.

3.Check up 2 minggu kat KMC, Dr. bagi gel Solcoseryl. Fungsi gel solcoseryl ini adalah untuk membantu cepatkan penyembuhan luka. Alhamdulillah, luka semakin kering lepas guna gel tu.

4.Letak juga Minyak Herbanika Nonaroguy. Tapi letak di pad saja. Kalau rasa sakit, memang akan letak minyak ni sebab rasa sejuk dia dapat kurangkan sakit..

5.Makan ikan haruan hampir setiap hari selama 2 minggu dan pil ikan haruan. Minum air gamat juga. Limau is a must setiap hari.. Semua ini adalah usaha untuk cepatkan luka sembuh.

6. Makan ubat lawas buang air, takut nanti jahitan terbuka,,

7. Itu sahaja :)

Monday 15 April 2013

Pengalaman bersalin (forsep)~

..Bersalin, melahirkan, beranak..

Semua perkataan di atas merujuk kepada pengorbanan seorang wanita dalam berjuang sepenuh tenaga, mempertaruhkan nyawa, dan menyerah diri untuk merasai kesakitan terperit di dunia. Hanya untuk memastikan seorang khalifah yang dipinjamkan Allah kepadanya 
selamat dilahirkan ke dunia..

Allahuakbar, saya lah antara berjuta wanita yang berjaya mengharunginya..Terima kasih ya Allah kerana meminjamkan kekuatan dan kesanggupan kepadaku untuk menghadapinya dengan baik. Terima kasih juga kerana meniupkan sokongan demi sokongan melalui suami dan keluarga tercinta.. :)

...............

Saya menulis pengalaman bersalin ini untuk diri sendiri, supaya saya tak lupa saat2 perit yang terindah dalam hidup.. Juga buat jantung hati saya, yang telah menemani saya setiap saat selama 9 bulan dan telah sama2 berjuang dalam situasi tergenting itu.. Diharapkan catatan ini dapat menceritakan kepadanya bahawa ibunya ini pernah berkorban nyawa untuknya.. Semoga dia menjadi anak yang bersyukur..



.........

1 Mac 2013:

Teringin benar bersalin pada tarikh ini. Tambah2 lagi tarikh ini jatuh pada hari Jumaat. Allah is the best planner, bila2 pun tak apa, asalkan baby keluar dengan selamat. Malam tu sakit kontraksi semakin kerap dan rapat jaraknya, tapi masih belum betul2 konsisten. Suami kesian tengok. Dia dengan baik hatinya ajak saya buat senaman untuk cepatkan bersalin.. Alhamdulillah, nampak kesannya :) Kontraksi makin dekat dan konsisten. Malam tu juga kami ke KMC. 

Rentetan peristiwa:
  • Check bukaan, baru 3 cm.
  • Selepas cek jantung baby, nurse masukkan ubat untuk buang air besar. Bila dah selesai buang air, saya disuruh masuk ke labour room. Waktu tu suami tak dibenarkan masuk lagi, jadi saya mintak tolong nurse panggilkan dia. 
  • Dalam labour room, nurse minta saya pakai baju hospital dan baring atas katil, nurse cakap dia dah call Dr. Zuraini dan Dr suruh induce. Dr. dah on the way, nak bagi bersalin malam ni juga.. Em, dengar kata kalau diinduce, sakit.. 
  • Tengah sakit tu, tak tertahan2. Bagitau nurse sakit sangat. Nurse kata tahan, nanti bila ubat induce tu berkesan, lagi akan rasa sakit..
  • Yup, memang sakit sangattt.. Nurse masukkan ubat tahan sakit. Suami tanya, kalau2 ubat yang dimasukkan dalam jarum masuk air tu adalah epidural.  Tapi nurse cakap bukan epidural, ubat ni dia bagi kat semua orang. Dia dah pesan, ubat ni lali sikit. Tapi bila nak push nanti kita akan sedar.. 
  • Bila Dr. masuk, saya dah tak berapa sedar. Dalam sedar tak sedar, saya dengar suami saya disuruh keluar sekejap. 
  • Dr. pecahkan air ketuban. Banyak juga air tu, basah katil.
  • Still dalam keadaan tak berapa sedar, Dr. minta saya push bila rasa sakit kontraksi.
  • Waktu ni, saya sangat lali + kurang tenaga. Allah..Saya tak sedar waktu nak bersalin. Tak sedar untuk push baby keluar.. (-_-)'
  • Seingat saya waktu tu, bila tersedar, saya terus tanya Dr., 'dah boleh push?' *erk..teruk pulak rasa bila fikir balik* Dr. cakap, " Boleh2, memang kami tunggu awak push.."
  • Saya pun push. Terasa badan tergelongsor ke bawah sebab katil tu dah dinaikkan sikit. Nurse pun tolong angkat naikkan badan saya semula. 
  • Dr. suruh saya pegang besi yang disediakan tepi katil waktu push. Jadi saya boleh push dengan baik bila genggam besi tu, dalam masa yang sama, dapat prevent badan dari tergelongsor lagi.
  • Push kali keempat (kalau tak silap) dengar Dr. dan nurse cakap " Ha, push macam tu, dah nampak kepala.." 
  • Lepas tu? Saya tak sedar semula. huhu.. Kuat betul penangan ubat tu.. Tambah dengan tak da tenaga sama kot, dah pukul 2 pagi waktu tu..
  • Waktu saya push dan tak sedar tu lah Dr masukkan forsep, sebab baby tak dapat keluar kalau hanya dengan push saya yang kurang bertenaga tu.
  • Babak2 selepas itu, semuanya saya saksikan dengan mata yang terbuka tertutup, sedar tak sedar.
  • Alhamdulillah saya sedar masa nurse bawa baby ke sebelah saya dan cakap " ni merah sikit ya, sebab kena forsep" sambil tunjukkan bahagian muka baby yang sikit merah. Saya hanya mampu angguk.
  • Saya sedar tak sedar waktu Dr. menjalankan sesi jahit menjahit. Alhamdulillah, saya tak rasai kesakitan dijahit hidup2..
  • Lepas tu, saya dengar suami saya cakap "Comelnya baby..". Alhamdulillah seronok, saya dengar suara dia gembira :) Kemudian baby diazankan.
  • Oh ya, suami saya tak dipanggil masuk walaupun dia dah berapa kali tekan bell pintu. Nurse tak panggil dia masuk sebab nak guna forsep kot. Kesian dia, bila nurse buka pintu, nurse cakap dah bersalin..
  • Dengar suara mama. Mama pegang baby dan letak kat tepi saya suruh menyusu. Saya bagi susu dan dia hisap. Tak tahu la ada susu atau tak. Memang fitrah baby, lahir2 saja dah pandai menghisap.. Subhanallah..
  • Itulah peristiwa terakhir yang saya sedar di labour room. Yang selebihnya, saya rasa yang diri saya diangkat dari katil ke katil sorong. Then diangkat lagi ke katil di wad.
  • Sedar2, saya keseorangan di wad. Nak ke tandas, nak bangun sendiri, tapi mak cik yang jaga anaknya di katil sebelah tak bagi. Dia tolong panggilkan nurse. Nurse pimpin ke tandas.
  • Mula2 sedih, sebab suami dan mama tinggalkan saya sorang2 di wad dalam keadaan macam ni.. Baru la terfikir, mereka letih tunggu dari pukul 11 pm lebih sampai 3 am. Lagipun saya pengsan tak sedar diri, wajarlah suami dan mama balik dulu dan akan datang semula pagi nanti..
  • Tiba2 rasa teringin sangat nak tengok baby. Mesej suami : "Nak tengok baby.." Suami cakap dia ada send pic baby kat henset saya. Tapi, tengok gambar henset tak sama dengan tengok real.. :'(
  • Lepas tu, bila tengok saja baby masa nak ambil keluar hospital tu, Allah.. Comelnya.. Sejuk mata, tenang hati tengok dia. Bila dia nangis.. Subhanallah.. Mengalir air mata. Air mata keibuan yang pertama. Tak tertafsir perasaan saya ketika itu.
  • Hanya pada Allah saya panjatkan segala kesyukuran..
  • Dengan rasminya, saya dah jadi ibu! ^_^
  •  
    ........................

* Bersalin dengan bantuan forsep, memang tak sama dengan bersalin normal biasa. Apa yang bezanya? Of course, lukanya lebih panjang dan jahitan lebih banyak!:'(

Wednesday 27 February 2013

Pengalaman rasai kontraksi palsu?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
-Catatan pengalaman ini sebagai diari untuk diri yang pernah mengandung dan bakal melahirkan tak lama lagi. Semoga saya tak lupa pada saat2 bersejarah yang indah ini.. - :)
Alhamdulillah, syukur.. 
Setakat ini Allah masih pinjamkan kekuatan dan tiupkan ketenangan sepanjang hadapi saat2 sakit kontraksi dalam beberapa hari ni..
Bermula pada 24 Februari 2013... :)
24 Feb. 2013:
Sakit2 kontraksi dah mula rasa dari pukul 3 pm sampai lepas isyak. Tapi sakit tu masih tak konsisten.. Kadang dekat, kadang jarak2.. Ingatkan dah hampir masa nak bersalin, dah prepare mental dan barang2 nak ke hospital..  Tapi, lepas isyak sakit tu dah semakin hilang dan hilang.. So, tak jadi nak ke hospital lagi. Pengajarannya, kena betul2 rajin catat masa selang antara kontraksi. Kalau tak, kemungkinan besar anda akan tertipu dengan braxton hicks.. 
25 Feb. 2013:
Hari yang cool, macam biasa.. Sebab tak ada sakit2 macam semalam. Pelik pula rasa, semalam bukan main sakitnya.. Hari ini kena buat check up di Pusat Kesihatan.. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Nurse cakap, perut tinggi lagi.. Em, sedikit kecewa sebab mengharapkan baby dah mula turun dan cepat keluar.. 
26 Feb. 2013:
Menjalani hari macam biasa dengan kesakitan mengandung yang biasa (sakit bawah perut)..
27 Feb. 2012:
Bangun pagi dengan sedikit show..  Bila nampak tanda tu, hati dah berbunga.. Ok, baby is coming soon.. :) Mesej encik suami, dia minta saya kira jarak  antara kontraksi kalau dah mula rasa.. Alhamdulillah, waktu tu rasa tenang, tak ada rasa takut atau risau.. Sebab selalu orang cakap kalau keluar darah, lambat lagi nak bersalin. Boleh jadi 2,3 hari lagi.. Dok sorang2 kat rumah menjalani rutin harian. Ummi (MIL) call, dia risau sebab saya bagitau keluar darah tanpa lendir / mukus. Ummi cakap, kalau keluar lendir dan darah, tu boleh jadi lambat lagi. Tapi kalau keluar darah saja, macam tu agak merisaukan, katanya takut ketuban darah. Tambah2 lagi, darah tu still keluar. Erk, dah mula rasa risau.. Lepas cakap dengan ummi, mama pulak call.. Mama kata nak datang rumah, takut tiba2 sakit kuat. Bagitau mama, lambat lagi ni. Mama kata betul la tu, dah tak lama lagi dah nak jadi mak.. :) Encik suami dah on the way balik sebab ummi suruh balik, takut saya ni jenis cepat bersalin.. Teruja, betul ka dah nak bersalin ni? ;)
Lepas mandi dan siap2, saya dan suami ke  Pusat Rawatan Mahsuri. Cadang nak bersalin kat situ.. (memandangkan kat situ boleh bersalin dengan doktor perempuan..). Mama pun ikut. Lepas explain keadaan kat kaunter, nurse cakap Mahsuri dah tak buka untuk orang bersalin sampai bulan 7 sebab tak da doktor.. Alhamdulillah tak sakit urgent, kalau tak, kalut nak kena cari tempat lain untuk bersalin.. Sorang nurse kat situ minta saya ikut dia ke bilik belakang untuk check bukaan. Sangat la takut sebab orang cakap sakit.. Suami ikut masuk.. Ok, first time pengalaman, memang sakit... Mula terfikir, ini baru sakit cek bukaan, sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan sakit bersalin.. ;( Moga Allah kuatkan.. 
Nurse2 kat situ cadangkan untuk ke KMC memandangkan kami nak doktor perempuan..  Mama tak ikut sebab keja.. Sampai di KMC, kena buat appoitment pukul 3.30 pm sebab doktor tak ada.. Katanya 1cm lambat lagi.. Lepas jalan2, solat dan makan, 3.30 pm kami sampai di ruang menunggu.. Berdebar lagi bila nama dipanggil. Takut dengan pemeriksaan bukaan pintu rahim saja, nak cek dan scan baby seronok.. :) Macam sebelumnya, sakit bila doc cek bukaan.. Baby ok.. Dah 3 kg lebih dah dia.. Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat.. :) Lepas scan, kena ambil darah dan check jantung baby. Check jantung baby dalam setengah jam. Sempat lelap sekejap.. hu.. Balik rumah, darah still keluar juga. Tapi tak banyak sangat..
28 Feb. 2013:
Hari ini darah keluar lagi.. Harap ianya normal.. Menghitung masa bersalin sambil merasai sakit2 kontraksi yang rasanya masih belum betul2 konsisten.. Rasa sakit perut macam memulas2, macam senggungut waktu period, dan macam nak buang air besar.. Em.. Moga Allah mudahkan.. Baby, nak keluar bila ni? :)



Tuesday 26 February 2013

Characters of successful parents


Assalamualikum semua..
semoga kehidupan kita penuh barakah dan sakinah hari ini :)


Baiklah, as a parent to be (insyaAllah.. ), saya nak berkongsi sedikit hasil pembacaan saya
dari sebuah buku yang famous ini:

 'Prophetic Parenting' 
(by Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid), 

Kepada semua parent and parent to be, semoga bermanfaat untuk kita..

.............................





The characteristics of a successful parents.. :)


1. Tenang dan tidak terburu2..
"Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai Allah, iaitu tenang dan tidak terburu- buru."(Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Abbas r.a)



      


2. Lembut dan tidak kasar

    "Sesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam perkara apa pun.."
(Diriwayatkan oleh Muslim dari Aisyah r.a)


      


3. Hati yang penyayang
      Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah seorang yang lembut dan penyayang..


    


4. Memilih yang termudah selama bukan termasuk dosa
     Ibubapa yang sporting tentu sekali lebih menyenangkan berbanding ibubapa yang terlalu tegas..



5. Toleransi
    Ibu bapa yang bertoleransi adalah ibubapa yang mampu untuk memahami anak2 dalam bentuk yang optimal / mampu memberi kemudahan sebagaimana yang diperbolehkan oleh syariat.. 



6. Menjauhkan diri dari marah
     Apabila seseorang dapat menahan amarahnya dan sanggup menguasai dirinya, maka itu adalah kebahagiaan baginya dan bagi anak2nya.. 




7. Seimbang dan profesional
     Bersifat ekstrem adalah sifat yang tercela dalam apa urusan pun.. Bersikap profesionallah, 
anak2 pasti lebih menghargai dan menghormati anda..



8. Selingan dalam memberi nasihat
     Memberi nasihat yang baik dengan jarang akan menghasilkan sesuatu yang besar dengan izin Allah.. :)


.....................


Sesungguhnya Rasulullah adalah sebaik2 teladan.

Semoga Allah mudahkan kita untuk menjadi ibu bapa terbaik untuk anak2 kita..

Practice make perfect, insyaallah..



...................................................................................................................................................................



You can find out more in this wonderful book:






Monday 25 February 2013

Waiting..

Bismillahirrahmanirrahim..
-Terima kasih Allah, atas segala nikmat yang diberi percuma-


Alhamdulillah, 
I am so grateful 
for having two wonderful persons that light up my life now.. :
A super nice husband and my unborn little baby 
(still.. inside my womb..) :)

Times goes so fast..! 
I am now 38 weeks and 7 days pregnant woman.. 
So soon, our little baby will come out to see us.. 

Of course, as a mummy-to-be, who will give birth to this little child, 
i feel so nervous.. and also soo excited
waiting for the moment i got to meet my little baby.. ^_^
-Kepada Allah sebaik2 sandaran-

Rasanya, kebanyakkan ibu2 yang mengandungkan anak pertama,
mesti tak sabar2 nak bersalin, siap harap baby keluar awal dari due lagi.. 
Betul tak? :)


.............


Okey baby, lagi seminggu.. 
Ibu dah rasa tak sabar.. Asyik bersungut nak bersalin awal :)
Ayah minta ibu banyak sabar dan banyak syukur.. Syukur Allah bagi peluang untuk rasa kehadiran anak dalam kandungan. 

Ayah cakap.. 
"Kita kena berdoa banyak2 supaya dipermudahkan kita dapat apa yang terbaik untuk kita. 
So, kalau baby nak keluar awal, harapnya baby dah matang, sihat, anggota badan dah cukup kuat dan dipermudahkan bersalin.. Tapi, kalau baby nak duduk lama lagi dalam perut ibu, nak keluar lewat skit, harapnya pada waktu baby dah matang tu, anggota badan dah kuat, dipermudahkan bersalin nanti.. Dan mudah2an, dipermudahkan juga tempoh2 mengandung ibu sementara menunggu waktu nak bersalin ni.. "

Alhamdulillah, kurang sikit rasa resah gelisah menunggu hari.. Alhamdulillah, dapat the best and very understanding husband..

Ayah seorang suami yang cool, sabar dan supportive..

Kalau ayah seorang suami yang berkaliber, 
dia tentu akan jadi ayah yang hebat jugak kan.. :) 
Bertuah la anak ibu.. ^^

Satu minggu lagi, satu minggu lagi.. Jom baby, kita hayati sama2 hari2 terakhir kita 'bersama dan berkongsi segalanya'.... :) 


..............


                                           Shopping!
                                               :)