Thursday 8 January 2015

Pengalaman jaga anak kucing baru lahir tanpa ibu..


Tengah cari info cara2 nak jaga anak kucing tanpa ibu? Ada jumpa anak kucing baru lahir, pastu kesiankan dia dan nak jaga dia? Tahniah! Anda manusia berhati mulia dan penuh belas kasihan :) Moga Allah mudahkan usaha mulia kalian...

Ok, sebenarnya saya pernah ada pengalaman macam tu. Dan, jujurnya, saya seriuosly BUKAN penggemar kucing, malah saya boleh dikategorikan sebagai manusia yang tak suka kucing.. -__-

Nak dijadikan cerita, lebih kurang pada 3 tahun lalu (3 Disember tahun 2012), ayah saya ada jumpa seekor anak kucing depan rumah kami. Sangat kesian, baru lahir dan kena hurung semut, dengan mata pun tak bukak lagi.. Sebab kesian, kami pun ambil dia dan letak dalam kotak. Bayangkan, kecik sangat lagi, mana boleh duduk sekor2 tanpa ibu. Sejuk dan macam tak boleh tahan ja..  Atas nama perikemanusiaan pada si kecik ni, buat pertama kalinya, kami sefamily menerima kehadiran seekor kucing untuk dipelihara.. Alhamdulillah, semua sukakan si comel tu walaupun masing2 tak minat kucing pun..

Ok, meh tengok sikit si kecik tu macamana rupa dia.. ^^


Tadaa...!
Gambar ni diambil lepas beberapa hari kami jaga dia..



Saya faham perasaan insan2 yang nak pelihara seekor anak kucing tunggal, baru lahir tanpa ibu. Saya pernah lalui fasa2 perasaan dari kesian --> sayang --> risau --> tak keruan --> usaha sehabis baik --> nangis --> tawakal.. :(

Jadi, saya rasa saya perlu untuk kongsi pengalaman ini dengan mereka yang tengah cari orang untuk bercerita/bertanya tentang ni.. *sebab dulu pun saya dok mengoogle untuk cari ilmu nak jaga dia*

Ok, apa yang anda perlu buat untuk jaga baby kucing tu adalah...

Pertama sekali, sediakan si kecik tu sebuah tempat tinggal a.k.a kotak yang selesa dan sederhana besar. Mula2, 'rumah' dia tu saya alas dengan paper ja.. Em, nampak sangat kesian.. Sejuk kot, asyik tidur kat hujung2 kotak.. Jahil kan time tu tak pernah tahu keperluan seekor anak kucing...



Then, rumah dia di upgrade.. :)



Alaskan dengan kain, dan kena letak botol2 mineral berisi air suam kat tepi2 kotak.. Tak nak bagi dia sejuk kann.. Botol2 tu balutlah dengan kain alas, baru boleh si kecik tu buat bantal, tilam, macam ni haa..


Kain alas pulak boleh dibuat selimut... :)


Baby kan, tido ja lah keja nya.  ;)







Macam2 style tido..

Okeh, settle bab tempat tido dan main2.. Sekarang bab kedua yang agak penting jugak untuk dia.. Dia ni pelik skit, suka menghisap.. -__-

  

Dia akan hisap jari sesapa ja yang pegang dia. Maybe mengharapkan susu ibu dia.. Kesian kann..
Jadi, kami bagi dia botol susu.. ^^





Kuat makan sangat tau.. :) *tu botol susu kucing. boleh beli kat pet shop* Harus beringat, time kritikal dia nak survive ni, tolong jangan bagi dia susu tepung yang kita biasa minum tu ye, tu susu lembu, lain kisah penghadamannya. So, usahakan cari susu kucing kat pet shop. *selalu packaging dia tulis cats/dogs milk.*

Kami pernah bagi susu tepung yang biasa kita minum tu kat dia. Kejahilan masih membelenggu kan masa tu... Dia jadi lembik, dan sembelit, tak dapat buang air besar. Perut pun keras semacam. Allah saja la tahu macamana tak keruannya kami masa tu. Ingat dia dah nak mati. 

Kami try bagi dia air, bagi dia minum susu kucing, dan usahakan bagi dia berak.. Alhamdulillah lepas tu dia ok dan makin sihat. Macamana nak bagi dia berak? Letakkan minyak di cotton bud dan sapukan di lubang dubur dia. Urut2 sikit dengan cotton bud tu. Bab2 membuang, memang kita kena stimulate sebab dia tak pandai lagi. Kalau ada ibu, ibu dia yang akan jilat. So, selalu la sapu2 tempat kencing dan anus dia bagi dia berkumuh ya.. (ilmu ni veterinar kat kinik haiwan yang bagitahu) Menjaga kencing berak ni memang kena kenal.. Kata nak jaga dia kan? Kena lah berkorban jiwa dan raga :)

Ofkos, kalian sangat memerlukan hati yang tabah dan semangat yang kental untuk berkorban menjaganya siang dan malam. Kucing tu kena belek selalu, bagi dia ransangan.. Kenapa? 

Kata orang, anak kucing yang hidup sorang2 tanpa ibu, peluang hidup dia sangat tipis.. Jadi, banyak lah usaha dan pengorbanan kena buat..Tengah malam pun kena bangun bila dia berbunyi, macam jaga baby manusialah..huhu.. 

Terkedu jugak la bila jumpa veterinar dan veterinar tu sendiri kata: "tak banyak anak kucing macam ni boleh bertahan..." T_T Kita punya nak dia boleh survive, Saya tahu, vatrinar tu cakap macam tu sebab tak nak bagi berharap sangat...

Untuk kes kucing saya ni, alhamdulillah.. Allah panjangkan umur dia, Allah bagi dia kuat..So, dia masih dapat hidup pada bulan2 seterusnya.. Haa.. Doa jangan dilupa! Allah saja yang bisa memanjangkan umur dia dan meminjamkan dia kepada kita seberapa lama yang Dia nak.. Jadi, lepas usaha yang terbaik, jangan lupa doa dan tawakal ya.. Jujur, saya sampa menangis2 pada Allah, minta Dia bagi saya peluang jaga kucing ni dengan baik sampa dia dewasa. :)



Sajee bawak dia jejalan depan rumah..^^

 

Nampak tak, mata pun tak buka lagik.. Umur tak sampai seminggu..

Dia membesar dan membesar..





Perut bulat!




Ini saja gambar2 yang dapat dikongsi.. *banyak sangat dah tu..haha*

Ok didie..

Smile!


*sekarang dia dah besor pun..dah nak masuk 4tahun dah hidup dan pernah ada anak pun..*

.
.
.
.
.
.
.
.





















Dah jadi mak orang... ;) but unfortunately, anak2 dia suma dah mati.. T_T 

Apa2 pun, alhamdulillah! Allah masih pinjamkan dia sehingga saat ini :)

Tuesday 6 January 2015

Pengalaman bersalin di Pusat Rawatan Mahsuri

Assalamualaikum..

Lama tak menulis. Last update dulu masa lepas bersalin anak pertama. Sekarang, saya dah ada dua anak.. Yang kedua pun hero :)

Kali ni alhamdulillah saya bersalin secara normal dan dipermudahkan berbanding dulu. Dulu bersalin guna forsep. Anak pertama saya bersalin di KMC, tapi anak kedua ni saya bersalin di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra. Kepada sesiapa yang sedang cari maklumat mengenai tempat bersalin di Kedah, saya boleh kongsikan review untuk Pusat Rawatan Mahsuri dalam pengalaman bersalin saya ini. Moga dapat bantu sesiapa yang memerlukan :)

Saya sebenarnya dijangka bersalin pada 5 Oktober 2014 bersamaan hari raya aidiladha. Tapi baby nak berlama-lamaan dalam perut, 6 hari lepas due baru dia nak keluar. Hari jumaat, 10/10/2014, saya berjalan2 di laman rumah petang tu untuk bagi baby teruja nak keluar..  :) Waktu magrib dah mula rasa sakit yang kerap. Dari setengah jam, kira2 sampai 5-10 minit sekali sakit, barulah saya buat keputusan untuk ke Mahsuri. Makan2 dulu kat rumah baru gerak ke Mahsuri. Belajar dari pengalaman lepas, tak makan, tak da tenaga, tak dapat teran baby.

Dalam pukul 10 pm kami bergerak ke Mahsuri. Macam biasa, bila dah sampai sana, mula2 sekali bidan kat situ cek bukaan. 3cm katanya. Pastu, cek degupan jantung baby. Suami setia tunggu kat sebelah. Sakit contraction makin menjadi2. Bidan tanya kalau saya nak ambil epidural, Rm500 sekali suntik, dan Dr yang akan buat tu Dr lelaki. Saya tolak, alhamdulillah Allah masih bagi kemampuan untuk saya bertahan lagi. Bila dah selesai, kami disuruh berehat dulu di wad. Suami minta wad single. Bilik tu selesa. Dalam tengah berehat2 sambil menahan sakit, ada nurse datang minta saya pilih pakej makanan untuk esok. Macam hotel pulak.. ;)  Saya pilih bubur dan sup ayam (hentam ja lah, bukan pikir nak makan pun masa tu..huhu..) Dalam bilik tu ada kerusi rehat yang selesa untuk menunggu di sebelah kanan katil dan tempat baring dan rehat2 untuk suami di sebelah kiri. Toilet pun selesa.

Saya menahan sakit contraction hingga 2-3 minit sela masa. Bila dah tak tahan sangat, saya minta suami panggil nurse. Suami tekan bell sebab nurse pesan kalau nak panggil dia tekan butang tu. Then bila bagitahu nurse yang saya dah tak tahan, nurse tu panggil bidan untuk cek bukaan lagi. 4cm. Watu tu dah pukul 12.30 am lebih . Saya dibawa ke labour room guna kerusi roda. Mulut saya ni tak berenti2 mengaduh. Sakit sangat, sampai tak tahu nak buat apa. Bidan mintak saya tarik nafas dalam2. Dah buat tapi tak berkesan sangat. Time sakit yang amat2 kritikal tu, nurse yang ada kat situ gosok2 perut dan suruh saya sabar dan bertahan. Alhamdulillah teknik tu sangat berkesan masa tu. Rasa kurang sikit sakit. Diorang ada bagi ubat buang air besar. Bila ubat tu dah terasa kesannya saya ke toilet. Rasa sakit ya amat, macam nak bersalin dalam tu..huhu. Saya cepat2 keluar dari toilet dan saya dipapah ke katil. Cakap kat nurse dah tak tahan. Bidan cek bukaan dah 9cm! Sekejap sangat dari 4cm ke 9cm. Nurse dah call Dr suruh datang. Sakit punya pasal, macam2 zikir dah baca dan macam2 ayat dah keluar tanpa sedar,  sampai mintak nak cucuk ubat tahan sakit la, nak czer la.. huhu *teruk betul motivasi diri waktu tu, ketahanan diri dah bertaburan ke lantai dah* Kalau nurse tanya tentang epidural waktu tu, confirm setuju ;p

Saya cakap kat bidan rasa macam dah nak teran dah ni, dia cakap cuba lah. *sebenarnya diorang tengah tunggu Dr, Dr belum sampai* Saya yang gelojoh dan tak menahan ni terus teran ikut suka hati *walaupun anak kedua, tapi bab2 meneran ni tetap tak terrer.. -__-'* Bidan cakap saya tak pandai teran, so dia arahkan saya: 'teran macam kamu nak buang air besar'.. Teran2 tak boleh jugak, sampai mulut saya ni siap boleh cakap "macamana ni baby tak nak keluar!" (malu bila ingat balik.hihi..) Bidan kata "jangan cakap macam tu..bukan sekali teran boleh terus keluar, kena teran lagi dan lagi". (Waktu tu saya terfikir, inilah bahayanya baca pengalaman bersalin orang lain, yang mudah tu memanglah sekali dua teran. Tapi tak semua orang diberi nikmat macam tu..huhu..)

Alhamdulillah masa tu jugak Dr sampai. Kiranya sampai2 tu Dr terus pakai glove untuk sambut baby. Dia letak kaki saya di tali kat katil. Dia cakap "sikit lagi, kepala dah nampak, kata allahuakbar sambil teran' Saya pun teran...'Allahuakbar.....!' Dalam masa yang sama saya nampak nurse dan bidan tu tengok jam kat dinding. Dalam hati kata, mesti dah nak keluar ni. Dr terus cakap 'ok, kepala dah keluar, tak payah teran dah'. Waktu tu jam 1.17 am. Tapi encik suami yang setia kat kepala saya ni tak dengar apa yang Dr cakap tu, dia suruh saya teran lagi, saya pulak yang cakap kat dia dah sudah...hehe 

Dr angkat baby dan letak dia di dada saya suruh tengok jantina baby. *ye, boy jugak.. :)* Saya yang teruja terus pegang dan nak peluk. Nurse cakap dia nak cuci dulu baby ni. Suami ke bilik baby untuk azankan baby..

Lepas dah selesai bersalin. Dr bagitahu yang dia nak keluarkan darah kotor. Then, jahit luka tu. Terkoyak sikit sebab saya terangkat bontot..wuu.. Saya cuba tidurkan diri untuk tak nak fikir rasa sakit dijahit. Ditambah dengan ubat tahan sakit yang dibagi sebelum nak bersalin tadi, menjadikan saya sedikit lali, letih dan mengantuk. Lepas habis sesi menjahit, saya dibawa ke wad. Saya rehat. Suami pun ambil masa tu untuk tidur sekejap. Dia pun penat. Saya rasa darah banyak keluar dan nak ke toilet. Suami panggilkan nurse. Suami papah saya ke toilet dan nurse tunggu saya tukarkan pad, takut saya pening dan pengsan. *suami dah ke tempat pembaringan sebab dia tak boleh tengok darah banyak :)* Memang saya pening waktu tu, so nurse minta saya hulurkan tangan untuk dia curahkan air bagi hilang rasa nak pitam. Lepas tu bila dah naik katil, dia sapukan sejenis minyak di tangan untuk saya hidu bagi kurang rasa pening. Alhamdulillah sedikit lega.

Lepas tu nurse ada bawa baby ke bilik untuk saya susukan. Saya susukan, tapi takut nak sendawakan sebab kecil sangat. Nurse yang tolong sendawakan :) Pagi tu, katil baby diletakkan tepi saya. Mama abah dan anak sulung saya yang dah rasminya jadi abang datang melawat :)

Tengahari tu, dah boleh bersiap untuk balik sebab baby dah kencing berak. Dr yang sambut baby semalam, Dr Haida, datang untuk tengok keadaan saya, bagi nasihat and finally sebelum beredar, dia peluk dan minta maaf jika ada silap sepanjang khidmatnya.

Jujur, secara keseluruhannya saya puas hati bersalin di sini. Nurse dan bidan sabar layan karenah saya yang banyak sangat mengaduh masa nak bersalin...tak berhenti2  cakap macam2..huhu.. Dr. very friendly dan nampak usahanya untuk beri yang terbaik. Tempat dan bilik selesa untuk yang bersalin dan yang menunggu. Toilet ada water heater, jadi boleh terus mandi kat sana dengan air suam. *terus mandi sebab tak selesa badan kena darah* Bilik ada tv, aircond, kerusi malas dan tempat tidur suami. Harga pun berpatutan dari tempat swasta yang lain. Bilik single RM 180 semalam. Total semua RM 2300.

Harga ni jauh lebih murah dari bersalin anak pertama. Bersalin anak pertama kena RM 3200. Kena forsep la, sebab tu mahal kot. Tapi mahalnya banyak beza sangat, huhu. Dulu bilik dua orang, kena paksa bersalin dengan induce. Kondisi dan waktu bersalin sama juga, sampai hospital dalam pukul 11, dengan bukaan 3cm terus disuruh induce. Bersalin pukul 2 am. Yang terkilannya, waktu anak first tu suami tak boleh masuk. Mungkin sebab dia nak forsep kot.. :( Dulu kena gunting sebab forsep kan, kali ni Dr. biarkan je tanpa gunting, mungkin dia nampak tak perlu gunting kot. Sebab, luka saya ni first degree tear ja, silap saya angkat bontot la tu.. 

Ok lah, banyak sangat dah membebel ni.. Itu saja nak kongsi pasal pengalaman bersalin di Mahsuri.. :)

........................................................................................................

Nak kongsi sikit pasal pengalaman hadapi baby kembung perut. Memang teruji ibu berpantang kalau baby nangis tak berenti2 sebab sakit perut :(

Selepas 3 hari bersalin, baby saya kena kembung perut teruk sangat.. :( 
Nangis tak berenti sepanjang malam sampai subuh.. Dah demah, dah letak minyak telon, tapi still tak ok. Last2 mintak suami cari krim herba tropika (sebab pernah tengok testimoni kawan yang krim tu bagus untuk ganti minyak telon dan viks untuk anak). Suami cari punya cari, akhirnya jumpa stokis terus sebab tak jumpa di kedai.huhu.

Alhamdulillah, syukur sangat, krim tu sangat serasi dengan anak. Lepas pakai, suka kentut2 dan malam tido selesa ja.. :) Tengok ingredient dalam tu, ada halia, minyak kayu putih, bawang putih dan minyak kelapa dara. Patuts la serasi betul untuk legakan kembung perut dan nyahkan angin tersimpan dalam badan..hihi..

Oleh kerana suami saya kepala bisnes dan ada ofismate dia cadangkan untuk dia jual krim tu (sebab ofismate dia penguna tegar krim tu), maka suami pun terfikirlah nak jual. Katanya boleh tolong orang juga, sebab waktu tu susah nak dapatkan krim ni..

Jadi kalau ada ibu2 berpantang yang perlukan krim ni, kami suami isteri bersedia tolong hantar ke rumah (cod) :) Tapi untuk area Jitra sahaja lah.hee.. Untuk kawasan lain dan negeri lain, kami ada agen2 yang sedia membantu :)

Boleh lawat page krim herba tropika cod :)

Boleh contact saya untuk penghantaran: 0194000172

Moga bermanfaat untuk sesiapa ;)