Wednesday 27 February 2013

Pengalaman rasai kontraksi palsu?


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
-Catatan pengalaman ini sebagai diari untuk diri yang pernah mengandung dan bakal melahirkan tak lama lagi. Semoga saya tak lupa pada saat2 bersejarah yang indah ini.. - :)
Alhamdulillah, syukur.. 
Setakat ini Allah masih pinjamkan kekuatan dan tiupkan ketenangan sepanjang hadapi saat2 sakit kontraksi dalam beberapa hari ni..
Bermula pada 24 Februari 2013... :)
24 Feb. 2013:
Sakit2 kontraksi dah mula rasa dari pukul 3 pm sampai lepas isyak. Tapi sakit tu masih tak konsisten.. Kadang dekat, kadang jarak2.. Ingatkan dah hampir masa nak bersalin, dah prepare mental dan barang2 nak ke hospital..  Tapi, lepas isyak sakit tu dah semakin hilang dan hilang.. So, tak jadi nak ke hospital lagi. Pengajarannya, kena betul2 rajin catat masa selang antara kontraksi. Kalau tak, kemungkinan besar anda akan tertipu dengan braxton hicks.. 
25 Feb. 2013:
Hari yang cool, macam biasa.. Sebab tak ada sakit2 macam semalam. Pelik pula rasa, semalam bukan main sakitnya.. Hari ini kena buat check up di Pusat Kesihatan.. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan baik. Nurse cakap, perut tinggi lagi.. Em, sedikit kecewa sebab mengharapkan baby dah mula turun dan cepat keluar.. 
26 Feb. 2013:
Menjalani hari macam biasa dengan kesakitan mengandung yang biasa (sakit bawah perut)..
27 Feb. 2012:
Bangun pagi dengan sedikit show..  Bila nampak tanda tu, hati dah berbunga.. Ok, baby is coming soon.. :) Mesej encik suami, dia minta saya kira jarak  antara kontraksi kalau dah mula rasa.. Alhamdulillah, waktu tu rasa tenang, tak ada rasa takut atau risau.. Sebab selalu orang cakap kalau keluar darah, lambat lagi nak bersalin. Boleh jadi 2,3 hari lagi.. Dok sorang2 kat rumah menjalani rutin harian. Ummi (MIL) call, dia risau sebab saya bagitau keluar darah tanpa lendir / mukus. Ummi cakap, kalau keluar lendir dan darah, tu boleh jadi lambat lagi. Tapi kalau keluar darah saja, macam tu agak merisaukan, katanya takut ketuban darah. Tambah2 lagi, darah tu still keluar. Erk, dah mula rasa risau.. Lepas cakap dengan ummi, mama pulak call.. Mama kata nak datang rumah, takut tiba2 sakit kuat. Bagitau mama, lambat lagi ni. Mama kata betul la tu, dah tak lama lagi dah nak jadi mak.. :) Encik suami dah on the way balik sebab ummi suruh balik, takut saya ni jenis cepat bersalin.. Teruja, betul ka dah nak bersalin ni? ;)
Lepas mandi dan siap2, saya dan suami ke  Pusat Rawatan Mahsuri. Cadang nak bersalin kat situ.. (memandangkan kat situ boleh bersalin dengan doktor perempuan..). Mama pun ikut. Lepas explain keadaan kat kaunter, nurse cakap Mahsuri dah tak buka untuk orang bersalin sampai bulan 7 sebab tak da doktor.. Alhamdulillah tak sakit urgent, kalau tak, kalut nak kena cari tempat lain untuk bersalin.. Sorang nurse kat situ minta saya ikut dia ke bilik belakang untuk check bukaan. Sangat la takut sebab orang cakap sakit.. Suami ikut masuk.. Ok, first time pengalaman, memang sakit... Mula terfikir, ini baru sakit cek bukaan, sikit sangat kalau nak dibandingkan dengan sakit bersalin.. ;( Moga Allah kuatkan.. 
Nurse2 kat situ cadangkan untuk ke KMC memandangkan kami nak doktor perempuan..  Mama tak ikut sebab keja.. Sampai di KMC, kena buat appoitment pukul 3.30 pm sebab doktor tak ada.. Katanya 1cm lambat lagi.. Lepas jalan2, solat dan makan, 3.30 pm kami sampai di ruang menunggu.. Berdebar lagi bila nama dipanggil. Takut dengan pemeriksaan bukaan pintu rahim saja, nak cek dan scan baby seronok.. :) Macam sebelumnya, sakit bila doc cek bukaan.. Baby ok.. Dah 3 kg lebih dah dia.. Alhamdulillah, dia membesar dengan sihat.. :) Lepas scan, kena ambil darah dan check jantung baby. Check jantung baby dalam setengah jam. Sempat lelap sekejap.. hu.. Balik rumah, darah still keluar juga. Tapi tak banyak sangat..
28 Feb. 2013:
Hari ini darah keluar lagi.. Harap ianya normal.. Menghitung masa bersalin sambil merasai sakit2 kontraksi yang rasanya masih belum betul2 konsisten.. Rasa sakit perut macam memulas2, macam senggungut waktu period, dan macam nak buang air besar.. Em.. Moga Allah mudahkan.. Baby, nak keluar bila ni? :)



Tuesday 26 February 2013

Characters of successful parents


Assalamualikum semua..
semoga kehidupan kita penuh barakah dan sakinah hari ini :)


Baiklah, as a parent to be (insyaAllah.. ), saya nak berkongsi sedikit hasil pembacaan saya
dari sebuah buku yang famous ini:

 'Prophetic Parenting' 
(by Dr. Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid), 

Kepada semua parent and parent to be, semoga bermanfaat untuk kita..

.............................





The characteristics of a successful parents.. :)


1. Tenang dan tidak terburu2..
"Sesungguhnya pada dirimu terdapat dua perkara yang dicintai Allah, iaitu tenang dan tidak terburu- buru."(Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibnu Abbas r.a)



      


2. Lembut dan tidak kasar

    "Sesungguhnya Allah Maha Lembut dan menyukai kelembutan dalam perkara apa pun.."
(Diriwayatkan oleh Muslim dari Aisyah r.a)


      


3. Hati yang penyayang
      Sesungguhnya Rasulullah s.a.w adalah seorang yang lembut dan penyayang..


    


4. Memilih yang termudah selama bukan termasuk dosa
     Ibubapa yang sporting tentu sekali lebih menyenangkan berbanding ibubapa yang terlalu tegas..



5. Toleransi
    Ibu bapa yang bertoleransi adalah ibubapa yang mampu untuk memahami anak2 dalam bentuk yang optimal / mampu memberi kemudahan sebagaimana yang diperbolehkan oleh syariat.. 



6. Menjauhkan diri dari marah
     Apabila seseorang dapat menahan amarahnya dan sanggup menguasai dirinya, maka itu adalah kebahagiaan baginya dan bagi anak2nya.. 




7. Seimbang dan profesional
     Bersifat ekstrem adalah sifat yang tercela dalam apa urusan pun.. Bersikap profesionallah, 
anak2 pasti lebih menghargai dan menghormati anda..



8. Selingan dalam memberi nasihat
     Memberi nasihat yang baik dengan jarang akan menghasilkan sesuatu yang besar dengan izin Allah.. :)


.....................


Sesungguhnya Rasulullah adalah sebaik2 teladan.

Semoga Allah mudahkan kita untuk menjadi ibu bapa terbaik untuk anak2 kita..

Practice make perfect, insyaallah..



...................................................................................................................................................................



You can find out more in this wonderful book:






Monday 25 February 2013

Waiting..

Bismillahirrahmanirrahim..
-Terima kasih Allah, atas segala nikmat yang diberi percuma-


Alhamdulillah, 
I am so grateful 
for having two wonderful persons that light up my life now.. :
A super nice husband and my unborn little baby 
(still.. inside my womb..) :)

Times goes so fast..! 
I am now 38 weeks and 7 days pregnant woman.. 
So soon, our little baby will come out to see us.. 

Of course, as a mummy-to-be, who will give birth to this little child, 
i feel so nervous.. and also soo excited
waiting for the moment i got to meet my little baby.. ^_^
-Kepada Allah sebaik2 sandaran-

Rasanya, kebanyakkan ibu2 yang mengandungkan anak pertama,
mesti tak sabar2 nak bersalin, siap harap baby keluar awal dari due lagi.. 
Betul tak? :)


.............


Okey baby, lagi seminggu.. 
Ibu dah rasa tak sabar.. Asyik bersungut nak bersalin awal :)
Ayah minta ibu banyak sabar dan banyak syukur.. Syukur Allah bagi peluang untuk rasa kehadiran anak dalam kandungan. 

Ayah cakap.. 
"Kita kena berdoa banyak2 supaya dipermudahkan kita dapat apa yang terbaik untuk kita. 
So, kalau baby nak keluar awal, harapnya baby dah matang, sihat, anggota badan dah cukup kuat dan dipermudahkan bersalin.. Tapi, kalau baby nak duduk lama lagi dalam perut ibu, nak keluar lewat skit, harapnya pada waktu baby dah matang tu, anggota badan dah kuat, dipermudahkan bersalin nanti.. Dan mudah2an, dipermudahkan juga tempoh2 mengandung ibu sementara menunggu waktu nak bersalin ni.. "

Alhamdulillah, kurang sikit rasa resah gelisah menunggu hari.. Alhamdulillah, dapat the best and very understanding husband..

Ayah seorang suami yang cool, sabar dan supportive..

Kalau ayah seorang suami yang berkaliber, 
dia tentu akan jadi ayah yang hebat jugak kan.. :) 
Bertuah la anak ibu.. ^^

Satu minggu lagi, satu minggu lagi.. Jom baby, kita hayati sama2 hari2 terakhir kita 'bersama dan berkongsi segalanya'.... :) 


..............


                                           Shopping!
                                               :)