Friday 24 February 2017

Detox Clay Mask Mary Jardin

Ok, post ni khusus zti nak share pasal Detox Clay Mask Mary Jardin lah ya..

Clay mask ni bestttt sangat bagi orang kulit kusam tau..

Boleh baca sini macam mana kulit kusam tu boleh jadi kulit baru yang berseri: Cara Mudah Tanggalkan Kulit Mati dan Arang Aktif Untuk Kulit.


Detox Clay Mask Mary Jardin ni terkenal sebagai:
Deep pore cleansing, exfoliating & moisturizing mask.

Secara ringkasnya, clay mask ni fungsinya untuk membersihkan pori secara mendalam, memberi pengelupasan ringan dan melembapkan kulit.

Hasil gabungan semua bahan bahan dalam clay mask ini memberikan fungsi terbaik pada kulit:

1) Mencuci pori2 tersumbat secara mendalam.
2) Membuang sel2 kulit mati dan membantu regenasi sel.
3) Melembutkan kulit muka
4) Menanggalkan blackhead dan whitehead.
5) Merawat kulit kusam.
6) Memberi kesegaran pada wajah.

Keistimewaan dibandingkan dengan clay mask lain di pasaran:
1) Dry mask. Tak dicampur pengawet seperti mask lain (yang mengandungi air dan perlukan pengawet untuk membolehkan mask tahan lama).
2) Boleh dibancuh dengan cecair kegemaran seperti madu, air, susu, apple cider vinegar, yogurt dan lain-lain.
3) 100% natural dan organik.
4) Dihasilkan dari bahan bahan istimewa yang kebanyakkannya diimport khas dari negara asal seperti lavender buds dari USA.
3) Boleh digunakan oleh ibu mengandung. Selamat 100% :)
4) Mengandungi lavender buds yang mempunyai pelbagai khasiat dan memberikan aroma freshhh dan menenangkan..

Jom 'salin kulit' dengan renewal and repair mask nii.. ;)

Detox Clay Mask Mary Jardin


Detox Clay Mask Mary Jardin
Bahan-bahan dalam Clay Mask Mary Jardin



Cadangan cecair untuk bancuh Clay Mask Mary Jardin 



Kebaikan oat untuk kulit.
Salah satu bahan dalam Clay Mask Mary Jardin

Kebaikan betik untuk kulit.
Salah satu bahan dalam Clay Mask Mary Jardin.




Kebaikan arang untuk kulit.
Salah satu bahan dalam Clay Mask Mary Jardin



Hubungi zti untuk maklumat lanjut:
0194000172 ;)

Cara mudah menanggalkan sel kulit mati di wajah

K U L I T   K U S A M   S U R A M.

Ehh nak nampak cantik tak semestinya kulit kena putih. Kulit sawo matang tapi glowing pun dah lain macam dah aura cantiknya.. Natural beauty gituww 😇

So kunci nak cantik adalah GLOWING! Apa musuh glowing? KUSAM!

So mari lah kita membanteras kulit kusam! Apa punca kulit kusam sebenarnya? Haaa laju ja jawab sebab kulit mati.. Betul2 pandaiii.. Sebenarnya ada banyak punca.

Sebab paling utama adalah kulit dilapisi kulit mati dan di loaded dengan toksin. Jadi kulit akan kusam dan tak dapat serap nutrien dengan baik.

Jadi apa patut kita buat?
Bagi kulit alami exfoliation. Eh apa tu berbelits lidah nak sebut.hee.. Pengelupasan.

Ada dua jenis pengelupasan taww:
1. Mechanical
2. Chemical

Apa?? Chemical?! Haha relax.

Pengelupasan mechanical ni yang biasa kita buat tu, guna scrub. Sedikit kasarlah untuk muka, kalau luka kulit tak bagus.

Pengelupasan Chemical is better sebab dia bagi pengelupasan ringan dan halus ja sampai kita pun tak perasan. Proses ni akan perbaharui sel kulit, gantikan dengan kulit sihat wal afiat gitu dan confirm naik seri sebab kulit dah baru dan cantik! ;)

Best kan pengelupasan chemical? Boleh pi buat kat spa :)

Eh nak buat sendiri? Boleh guna betik hijau! Enzim dalam betik ni bantu buang kulit2 mati di muka dengan pengelupasan teramat ringan. So pengeluapasan ni bukanlah dari bahan kimia tapi dari sumber alami :)

Heh tak payah susah2 nak pi cari betik kat pasar malam, dalam clay mask MJ dah ada tau. Ekstrak betik lagi!! ;)

Eh. Dalam clay mask Mary Jardin ada bentonite clay jugak tau. Untuk serap toksin dan kotoran dalam liang kulit. Sooo kulit kalau tak flawless jugak tak tau nak kata la.. ;p

Nak tau lebih lanjut pasal CLAY MASK Mary Jardin?

Klik sini ya --> Detox Clay Mask Mary Jardin ;)


Detox Clay Mask Mary Jardin.
Khasiat betik untuk kulit.




Monday 30 January 2017

Kulit sensitif scrub? Ini penyelesaiannya..

Kulit saya jenis sensitif! Tak boleh layan dia kasar kasar, kalau tak, dipersilakannnn jerawat menumpang beramai ramai ya.. Aduduuu nasib badan. Sapa sama? 😅

Kalau orang senasib macam saya ni scrub muka, memang boleh nampak lah tak lama lepas tu muka majuk. Naik breakout! Alohh, baru nak tanggalkan kulit mati dengan scrub, naik jerawat pulak. Macam mengada ngada pulak kulit ni 😭

Hmmm lain orang, lain sensitiviti dan struktur kulitnya kann..

Ada orang, letak apa benda pun kat kulit even direct cuka atau lemon tanpa dilute, maintainnnn ja flawless. Tapi ada orang tepek kunyit pun jadi gatal gatal dan merah..

So jangan compare kulit kita dengan orang lain bila nak cuba jaya sesuatu kat muka k?

Satu al kisah customer yang sama kesnya dengan kulit saya.

Customer ni bagitau yang muka dia mungkin tak sesuai di scrub. Sebab lepas scrub memang muka dia akan naik jerawat. Tu maksudnya kulit dia jenis sensitif la. Senasib lah kita, kena lembuttt ja layan si kulit, tak leh kasar kasar..

Alhamdulillah sekarang jumpa pilihan lain. Selain scrub iaitu kaedah tonyoh secara kasaq orang kedah kata, kita wahai sang pemilik kulit sensitif boleh pilih teknik yang lemah gemalaiiii.. Tanggalkan kulit mati tanpa disedari.. :)

Acaner tu?
Berikan kulit pengelupasan ringan dan lembut dengan ekstrak betik 😉

Mana nak cari ekstrak betik? Ada dalam detox clay mask Mary Jardin!

So yayyy dah boleh pilih samada nak tanggalkan kulit mati dengan scrub atau dengan detox clay mask yang bagi pengelupasan ringan dan tak akan lukakan kulit?

Boleh pilih :)

Mcmna nak cari detox clay mask?
Boleh hubungi saya, agen sah Mary Jardin anda.
Izati: 0194000172 :)

Arang aktif (activated charcoal) untuk kulit cantik!

Arang + lumpur =
Zassss kulit bersih tahap maksima! 🌟🌟😍

Perasan tak sekarang ni 'activated charcoal' jadi femes dalam skincare/pencuci muka? Tau sebab apa? Bukan sebab hitam itu menawan tauu.. 😂

Arang yang diguna dalam produk kulit, termasuk lah dalam DETOX CLAY MASK MJ bukan arang biasa. Tapi ARANG AKTIF!

Arang yang dah di infuse dengan oksigen. Arang yang liangnya kecik kecik dan banyakkk. So arang ni mempunyai luas permukaan yang tinggi untuk kadar penyerapan yang tak terjangkau dek akal kita.. Aktif menyerap!!

So apa benefit activated charcoal untuk kulit?

Untuk kulit berminyak, berjerawat, bermasalah dan pori besar memang sangat terbaik!

Activated charcoal akan serap kotoran dan minyak dalam pores, jadi pores akan bersih dan 'kosong'.

Activated charcoal ni bila bertindak dengan gabungan mantap bentonite clay, pori besar akan jadi sangat less visible! Pori bersih. Jerawat mengecut, mengecil dan kering. Kulit bermasalah pun dah tak bermasalah bila kulit bersih dan pori kecil. Ya lah,  segala bakteria tak boleh nak menompang kan..

Ehemmm yang nak bercantik2 dengan arang dan lumpur, tak baik tauu lepaskan promosi detox clay mask MJ bulan ni 😊

#DetoxClayMask
#MaryJardin

Boleh dapatkan dari saya agen sah Mary Jardin anda:
0194000172 :)

Tuesday 17 January 2017

Face Oil atau Krim?


Sekarang ni trend atau rutin penjagaan kulit di Eropah sebenarnya bukan lagi tertumpu kepada krim pelembap atau moisturizer. 

Kerana segala jenis krim kebanyakkannya akan menyumbat pori dan sebabkan jerawat, jadi demi pori yang bebas bernafas, maka segala krim dah pun ditinggalkan.. 

Ramai orang suka guna krim muka. Untuk melembapkan, untuk halang kulit dari jadi terlalu berminyak dan untuk bagi kulit vitamin.. Harapannya lah...

Tapi... Berita sadis yang ramai orang tak tahu adalahhh..

Betul ke krim berikan manfaat kepada kulit?

Sebenarnya kan... Krim terdiri daripada molekul-molekul yang besar di mana ia tidak mampu menembusi lapisan kulit dan hanya stay di atas permukaan kulit. Krim mengandungi air, pengemulsi, wax dan campuran beberapa jenis minyak.

Kita tahu kan kulit telap/kalis air? Tapi air antara bahan utama dalam krim.

Wax dalam krim pula melapisi permukaan kulit dan membentuk lapisan pelindung pada kulit. Lapisan ini bertujuan untuk mengekalkan kelembapan wajah. Tapi.. Dalam masa yang sama wax memberi dua kesan sampingan kepada kulit.

Pertama, wax menyebabkan pori tersumbat dan ini boleh menggalakkan pembentukan jerawat.

Kedua, wax akan halang minyak dalam krim (bahan dalam produk tersebut yang bermanfaat untuk kulit) dari menembusi kulit. Maka, nutrien dari minyak tersebut seperti essential fatty acids, vitamin, mineral dan antioksidan tidak dapat diserap ke dalam kulit.

Maksudnya segala kebaikan dan nutrien yang di labelkan pada krim sebenarnya tidak lah berguna untuk kulit jika krim tersebut sebenarnya mengandungi wax yang menghalang semua kebaikan itu untuk menembusi kulit.

Jadi, krim sebenarnya tidak memberikan kebaikan nutrisi jangka panjang kepada kulit.

Jadi apa yang kita perlu buat untuk melembapkan kulit secara efektif tanpa kesan sampingan dan dapat memberikan nutrien kepada kulit?

Face Oil Pelembap Semulajadi.

Mahukan sesuatu yang bebas daripada parabens dan wangian sintetik, menembusi jauh ke dalam lapisan kulit anda?

Beralih lah kepada face oil! Berikan kulit kita pati minyak semulajadi yang sihat dan penuh nutrien tanpa toksin dan 'harsh chemicals'.

Molekul face oil mampu menembusi lapisan kulit yang lebih mendalam dan memberikan kulit kita pelbagai kebaikan, lebih dari sekadar halangan terhadap radikal bebas! ;)

Terdapat dua jenis minyak yang mempunyai fungsi yang berbeza terhadap kulit kita:

1. Carrier oil dan
2. Essential oil (perlu dilarutkan dengan carrier oil)

Kedua-dua sama ada boleh digunakan dalam bentuk asli atau diadun dan disesuaikan dengan keperluan penjagaan kulit individu.

Berbeza dengan krim yang mengandungi pelbagai bahan sintetik, face oil memberikan kulit kita segala kebaikan minyak botani semulajadi. 100% nutrien meresap tanpa dihalangi mana-mana lapisan penghalang!

Bila kita apply face oil di muka, face oil akan terus meresap ke lapisan pertama kulit (lapisan paling luar), memperbaiki lapisan lipid pelindung kulit dan mengekalkan kelembapan kulit. Jangan terkejut pulak kalau pada aplikasi pertama muka terus nampak glow! ;)


Face Oil Mary Jardin!

Alhamdulillah kini face oil bukan lagi susah nak dapat dan dijadikan rutin harian sebab produk buatan tempatan, hasil tangan anak Malaysia dah ada face oil! Tak payah dah cari produk antarabangsa :)

Face Oil Mary Jardin.
Face oil Terbaik,


Face oil Mary Jardin mengandungi essential oil dan carrier oil yang mempunyai khasiat tersendiri untuk kulit yang cantik dan sihat.

Don't worry, face oil MJ ni comedogenic ratingnya rendah je, rating 2 paling tinggi. So masalah pori2 tersumbat memang tak akan kita hadap lah insyaallah..

Ehh comedogenic rating tu apa benda? Kebolehan sesuatu bahan menyumbat pori. Rating 1-6. Hipotesis nya, bahan yang paling tinggi comedogenic rating adalah yang paling bermusuh dengan muka bersih dan licin.. :)

Rating ni sebenarnya sejauh mana minyak minyak ini boleh menyumbat pori dan menyebabkan whitehead dan blackheead.

Comodogenic Rating Face Oil MJ.



Comedogenic Rating Face Oil


Face oil ni kepakarannya adalah membersihkan pori secara mendalam hingga terkeluar whiteheads dan terkecutnya jerawat kerana sifatnya yang mudah melarutkan kotoran. Face oil mengandungi asid linoliek yang tinggi, jadi kegiatan jerawat kat muka memang senang lah nak ditumpaskan..

Face oil melembapkan kulit dengan menghalang lapisan air dari tersejat dari kulit. So kulit insyaallah lembap tanpa berminyak sepanjang hari..

Kulit berminyak kan reaksi badan kepada kulit kering. Kulit kita bila kering, otak akan bagi signal supaya kulit hasilkan lebih banyak minyak untuk gantikan minyak yang hilang kat kulit tu. Sebab tu kulit jadi over berminyakkk.. Maka face oil jadi penyelamat dengan membentuk lapisan 'humectant' di permukaan kulit supaya kulit sentiasa lembap. Maka masalah kulit berminyak pun settle! ;)

Khasiat minyak minyak dalam face oil MJ memang tak dapat di sangkal lah. Penuh kebaikan untuk kulit! :)

Eh. Tau tak penggunaan face oil ni 3 in 1. Boleh guna sebagai:

1. Cleaser (oil cleansing method)
2. Moisturizer 
3. Make up remover.. 

Jimatttt kan?! :)

Jom lembapkan, cantikkan dan sihatkan kulit dengan face oil MJ! 

Boleh dapatkan dari saya agen sah Mary Jardin anda. 
0194000172 :)

Monday 16 January 2017

Kenapa Pencuci Muka Sepatutnya Homemade?

Mencuci muka ni rutin harian kan.. Step paling penting lah dalam rutin penjagaan wajah. Sebab dengan cuci muka lah kita hilangkan segala kotoran kat muka dan kita bersihkan muka sambil beri kulit serap khasiat agar kulit muka sihat walafiat... 

Tapi kann.. Pernah tak kita selidik isi kandungan yang ada dalam pencuci muka kita? Betul betul selamat dan berkhasiat kah?


Bayangkan.. 
Suatu hari anda pergi kedai makan. 

Tunggu punya tunggu, maka sampai lah waiter hidangkan makanan. Wowww makanan nampak sangat sedap! Serious tak menahan nak santap!  

Tiba tiba waiter tu cakap, 
"Silakan makan puan.. Makanan ini telah kami sediakan di makmal dengan bahan-bahan sintetik yang terbaik!"

Gulp! Agak-agak kita akan teruskan makan atauuu rasa scary giler tak mau pi dah restoran tu? 😣

Begitu lah keadaannya dengan kulit kita ni.. Kulit benda hidup tau, apa yang dia serap itu lah makanan dia.. 

Sedangkan pencuci muka yang kita dok guna dalam tiub tu penuh dengan bahan bahan kimia sintetik. Macam SLS & SLES, agent buih yang sangat efektif. 

Penggunaan dua jenis chemical ni secara berlebihan & terlalu lama kadang-kadang jadi punca iritasi kulit.

Pastu ada pengawet dan wangian sintetik yang silap hari bulan tak sesuai dengan kulit boleh sebabkan iritasi kulit juga. 

Nutrien pulak confirm sikit. Entah entah 10% ja. Yang lain2 air, bahan kimia sintetik dan pengawet. Who knows? Buatan kilang kan?huhu..

Nak sabun muka yang betul betul penuh nutrisi untuk kulit? Cari lah yang homemade. Dengan buatan terbaik, teknik cold pressed. Insyaallah nutriennya terjaga dan kekal. 

100% nutrien dalam sabun muka. Macam best kan? Memang pun! ;)


Kenapa kena homemade? 

Sebab, sabun keluaran kilang mengandungi pelbagai bahan kimia sintetik (buatan makmal).

1. Tujuan utamanya semestinya untuk kurangkan kos. Kenapa perlukan shea butter berkualiti yang mahal sedangkan penggunaan bahan kimia sintetik jauh lebih murah dan menguntungkan kan? 

2. Dan yang lebih utama sekali, sabun tanpa bahan kimia ni boleh merosakkan mesin kilang. 
Hmmm apa kaitannya? Sebenarnya sabun tanpa kandungan bahan kimia tidak boleh mencair semula. Sisa sabun yang mengeras dalm mesin kilang akan tersekat di dalam mesin dan akan merosakkan mesin.. Jadi, bahan kimia dalam sabun diperlukan bagi menjamin pengeluran sabun dalam jangka masa yang panjang. 

3. Satu hal lagi, kebanyakan sabun buatan kilang telah disingkirkan gliserin untuk digunakan dalam pembuatan losyen. Gliserin tu apa? Ia sejenis bahan yang akan memerangkap kelembapan di kulit kita dan menjadikan kulit lembap. That's why lah bila kita cuci muka dengan pencuci dari kilang ni, kita akan rasa ohmyyy licinnya! Macam meja makan lepas dilap, macam plastik.. Lepas beberapa jam, kulit jadi kasar dan berminyak! huhu..

Haaa.. Dah faham kan kenapa kulit kita perlukan sabun homemade?  ;)

Sabun kami adalah sabun gliserin, kaya dengan shea butter, madu, oat dan lavender.

A skin loving bar which you should try! 

Boleh dapatkan sabun wangi ni dari saya.
Izzati: 0194000172 :)

Jom bertukar ke sabun homemade!

Sabun Terbaik Untuk Jerawat!

Agak agaknya kann... Dalam dunia ni, siapa paling memahami segala masalah kulit?

Maksudnya kalau kita buntu sangat kulit kita ni bermasalah tak hilang-hilang, kita nak refer kat sapa?
Mesti lah nak tanya kepada yang pakar kann..

Siapa si pakar tu?

Doktor yang ada ilmu dan pengalaman mengenai dermatogi (kulit) lah kan? :)

Produk hasil tangan Doktor berpengalaman :)



Tau takk.. Facial Soap Mary Jardin ini dibuat dari hasil pemerhatian dan pengalaman sewaktu Dr. Maryam (founder Mary Jardin) bekerja di bahagian Dermatolgi (kulit).

So berdasarkan cara jerawat berlakulah Dr. Maryam buat sabun ni. ;)

Nampak kannn biji2 putih kat sabun tu :)
Haaa itu lah zink oxide, bahan khas untuk kurangkan radang jerawat anda..

Dah2, say goodbye ja pada jerawat tu, tak payah simpan lama2..
Meh dapatkan sabun susu kambing beraroma lavender ni dan saksikan lah bagaimana jerawat makin menjauh, tawar hati dan tinggalkan kulit anda kelicinan! hehe...

Klik sini: Kelebihan lain Facial Soap MJ :)